Close

Samsung akan guna binaan Titanium pada Galaxy S24 Ultra

Sebelum ini, kami ada melaporkan yang Samsung akan menggunakan bahan binaan baharu iaitu Titanium untuk menjadikan peranti mereka lebih lasak dan lebih ringan.

Terkini, Samsung dikatakan dalam fasa akhir untuk mendapatkan bekalan binaan titanium untuk digunakan pada peranti andalan mereka yang seterusnya. Samsung juga dikatakan telah berkerjasama dengan beberapa pembekal kerangka di China dan juga kilang pemasangan di Vietnam.

Namun begitu, binaan titanium ini dijangka akan hanya digunakan pada Galaxy S24 Ultra sahaja. Manakala untuk model lain, iaitu Galaxy S24 dan Galaxy S24+ akan kekal menggunakan binaan yang sama seperti model sebelumnya.

Dengan menggunakan binaan titanium, berat Galaxy S24 Ultra dijangka akan dapat dikurangkan sebanyak 10% berbanding Galaxy S23 Ultra. Selain lebih ringan, titanium turut menawarkan ketahanan yang lebih baik dan lebih sukar untuk calar.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN