Close

Masalah bateri pada Apple Watch akan diselesaikan dengan kemas kini

Masalah bateri cepat habis pada Apple Watch bukan lagi isu terpencil selepas lebih ramai pengguna menyatakan masalah yang sama.

Terkini, pihak Apple telahpun mengenal pasti masalah tersebut dan akan memberikan kemas kini untuk menyelesaikan masalah tersebut. Namun begitu, Apple tidak memberikan sebarang maklumat lanjut mengenai ketersediaan kemas kini tersebut. Kita mungkin boleh menjangkakan ia akan tersedia dalam masa terdekat.

Masalah bateri cepat habis dikatakan berpunca dari kemas kini WatchOS 10.1 dan terkesan kepada semua model Apple Watch merangkumi Apple Watch Ultra 2, Apple Watch Series 9 dan model yang lebih lama iaitu Apple Watch Series 4.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN