Close

MediaTek Dimensity 9300 diumumkan – Lagi power dari Snapdragon 8 Gen 3?

MediaTek secara rasmi memperkenalkan cip andalan mereka iaitu Dimensity 9300. Merupakan pesaing kepada cip andalan dari Qualcommm iaitu Snapdragon 8 Gen 3.

Dimensity 9300 menggunakan teknologi binaan 4nm yang dihasilkan oleh TSMC. Menggunakan 8 teras dengan konfigurasi 1+3+4 iaitu 1x Cortex-X4 dengan kelajuan 3.25Ghz + 3x Cortex-X4 dengan kelajuan 2.85GHz + 4x Cortex-A720 dengan kelajuan 2.00GHz. MediaTek menyatakan yang Dimensity 9300 adalah 40% lebih pantas, 33% lebih jimat kuasa dan 8% lebih cekap kuasa berbanding cip sebelumnya.

Keupayaan CPU ini dipadankan dengan GPU Immortalis-G720 12 teras, menjanjikan peningkatan grafik sebanyak 46% dengan ray-tracing dan lebih jimat kuasa sehingga 40%. Selain itu, ia turut menyokong teknologi RAM LPDDR5T dan storan dalaman UFS 4.0 yang menyokong Multi-Circular Queue (MCQ).

Dimensity 9300 ini turut mempunyai kecerdasan buatan melalui MediaTek APU 970 yang menyokong AI generatif melalui LLM (large language model) dengan 33 billion parameter. Untuk fotografi, ia dijana dengan ISP Imagiq 990 yang menyokong rakaman always-on HDR pada resolusi 4K.

Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti skrin sehingga 4K dengan paparan 180Hz, WiFi 7 dengan kelajuan 6.5Gbps, Bluetooth 5.4 dan sub-6Ghz mmWave.

Dimensity 9300 akan mula tersedia bermula penghujung November ini. Telefon pertama dengan cip ini dijangka akan dilancarkan pada 13 November ini melalui model vivo X100.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN