Kerajaan akan mengumumkan struktur cukai jalan atau lesen kenderaan motor (LKM) untuk kenderaan elektrik pada bulan depan sebagai langkah untuk mengalakkan penggunaan kereta elektrik.
Namun begitu, perlaksanaan bagi cukai jalan atau LKM untuk kenderaan elektrik hanya akan terpakai selepas 2025 iaitu selepas berakhirnya tempoh pengecualian cukai jalan kenderaan EV.
Kerajaan sedia maklum berkenaan kebimbangan rakyat mengenai cukai jalan EV yang mungkin akan dikenakan lebih tinggi selepas tamat tempoh pengecualian tersebut.
Berikutan dari itu, Kementerian Pengangkutan telahpun membentangkan cukai jalan yang kompetitif pada Pasukan Petugas Khas EV.
Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pengecualian cukai jalan untuk kereta elektrik (EV) dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2025. Pengecualian ini hanya melibatkan kereta yang dipacu dengan sumber elektrik, tidak tertakluk kepada kenderaan hibrid yang masih mempunyai enjin petrol/diesel.