Permintaan kenderaan elektrik (EV) global dikatakan menerima penurunan yang agak ketara, penurunan tersebut dikatakan berpunca dari beberapa faktor.
Antara faktor yang menyebabkan permintaan EV menurun adalah kerana kos pembiayaian yang dlihat agak tinggi, penyediaan infrastruktur pengecasan yang tidak selari dengan perkembangan dan kebimbangan mengenai jarak perjalanan kenderaan elektrik.
Berikutan dari itu, pengguna dilihat lebih memilih untuk membeli kenderaan hibrid berbanding kenderaan elektrik. Menurut laporan CNBC, angka jualan kenderaan hibrid konvensional memperlihatkan peningkatan sebanyak 41%. Manakala, kenderaan plug-in hybrid (PHEV) pula mencatatkan peningkatan sebanyak 90%.
Bermula Ogos 2023, penjualan EV di Amerika Syarikat dikatakan mengambil masa yang lebih lama berbanding pada Januari 2023.