Xiaomi telahpun memperkenalkan sistem operasi baharu mereka iaitu HyperOS. Tampil dengan sejumlah peningkatan yang lebih baik dari segi prestasi, antara muka yang lebih menarik dan pengalaman penggunaan yang lebih lancar.
Xiaomi menyatakan yang HyperOS akan turut tersedia untuk pengguna global dan dijangka akan tersedia pada peranti terpilih bermula suku pertama 2024. Berikutan dari itu, terdapat laporan mendedahkan senarai peranti terawal yang akan menerima kemas kini HyperOS.
Senarai peranti terawal yang terima HyperOS :
- Xiaomi 13
- Xiaomi 13 Pro
- Xiaomi 13 Ultra
- Xiaomi 13T Pro
- Xiaomi 13T
- Xiaomi 12T Pro
- Xiaomi 12T
- Xiaomi 11T
- Xiaomi Pad 6
Sistem Operasi baharu HyperOS dijangka akan tersedia kepada lebih peranti dari masa ke semasa.