Close

Rangkaian 5G di Malaysia kini mencapai 73% kawasan berpenduduk

Capaian rangkaian 5G di Malaysia mencatatkan peningkatan kepada 73% di kawasan berpenduduk. Setakat September lalu, capaian 5G di kawasan berpenduduk adalah sekitar 70.2% dan telah meningkat sebanyak 2.8% menjelang November 2023.

[TERKINI]

🔹 KKD adakan penilaian kad laporan dalaman terhadap menteri sempena setahun menggalas tanggungjawab untuk dibuat penambahbaikan

🔹 Liputan 5G di Malaysia kini 73 peratus

Sumber : @fahmi_fadzil #BernamaNews #BernamaImages @kkd_gov pic.twitter.com/WtKekXMNT2

— BERNAMA (@bernamadotcom) November 7, 2023

Kerajaan sebelum ini, menyasarkan 80% capaian rangkaian 5G di kawasan berpenduduk menjelang akhir tahun 2023. Sasaran tersebut dilihat akan dapat dicapai dan berkemungkinan lebih awal dari jangkaan.

Walaupun capaian rangkaian 5G kini mencapai 73% di kawasan berpenduduk. Namun, dari segi penerimagunaan 5G ia dilihat masih lagi rendah iaitu sekitar 9.1% sahaja.

Keupayaan rangkaian 5G ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain industri yang merangkumi perusahaan mikro, kecil atau sederhana.

Dengan peningkatan ini, kerajaan dilihat berada dilandasan yang terbaik untuk memacu negara ke arah digital yang lebih baik.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN