iQOO secara rasmi melancarkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu iQOO 12 dan iQOO 12 Pro di China. Merupakan peranti kedua di pasaran yang dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 selepas siri Xiaomi 14.
iQOO 12 Pro
Merupakan model paling premium dalam siri ini. Hadir dengan skrin E7 AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi 1440×3200 piksel. Turut menyokong paparan 144Hz, PWM Dimming 1440Hz dan kecerahan puncak mencapai 3000 nits.
Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0. Turut dimuatkan dengan cip permainan khas iaitu Q1 yang menjanjikan pengalaman permainan pada tahap tertinggi.
Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 50MP ultra lebar + 64MP telefoto dengan kemampuan 100x zum digital. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 16MP. Bateri 5100mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas berwayar 120W dan 50W tanpa wayar.
Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti penarafan IP68, WiFi 7, Bluetooth 5.4, pembesar suara jenis stereo, NFC, pengimbas cap jari pada butang kuasa, sistem penyejukan dan menjalankan sistem operasi OriginOS 4 yang berasaskan Android.
Di China, iQOO 12 Pro dijual pada harga bermula sekitar CNY4999 (RM3206) untuk model asas 16GB + 256GB. Ditawarkan dalam pilihan warna 3 pilihan warna iaitu burning way, track version dan legend edition.
iQOO 12
Untuk iQOO 12, ia hadir dengan skrin E7 AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi 1260x 2800 piksel. Turut menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak mencapai 3000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0.
Dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 50MP ultra lebar + 64MP telefoto dengan kemampuan 100x zum digital. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 16MP. Bateri 4880mAh/5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas berwayar 120W tanpa sokongan pengecasan tanpa wayar.
Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti penarafan IP68, WiFi 7, Bluetooth 5.4, pembesar suara jenis stereo, NFC, pengimbas cap jari pada butang kuasa, sistem penyejukan dan menjalankan sistem operasi OriginOS 4 yang berasaskan Android.
Di China, iQOO 12 Pro dijual pada harga bermula sekitar CNY3999 (RM2567) untuk model asas 12GB + 256GB. Ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu track version, burning way dan legend edition.