Close

WhatsApp untuk Mac dah boleh dimuat turun melalui App Store – Apa yang baru?

Pengguna Mac kini boleh muat turun aplikasi WhatsApp secara terus melalui Mac App Store. WhatsApp untuk Mac telahpun dilancarkan pada Ogos lalu dan berasaskan kepada web dan kini ia boleh dimuat turun melalui Mac App Store.

this message is for Mac users 🖥️

WhatsApp for Mac on desktop is available globally in the @AppStore: https://t.co/KoVK7u9h1p

— WhatsApp (@WhatsApp) November 6, 2023

WhatsApp untuk Mac kini tersedia secara global melalui pautan universal yang boleh diakses melalui iPhone atau Mac. WhatsApp baharu ini dibina dengan menggunakan teknologi Catalyst yang berasaskan kepada versi iPhone berbeza versi web sebelum ini yang dibina dengan Electron.

Selain itu, turut hadir dengan antara muka yang lebih moden dengan pelbagai fungsi seperti panggilan suara dan panggilan video. Ia juga memudahkan pengguna untuk mendapatkan kemas kini dengan lebih mudah dan pantas.

Selain Mac, WhatsApp untuk iPad dijangka akan turut dilancarkan dan akan tersedia dalam masa terdekat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN