Waze kini memperkenalkan fungsi keselamatan baharu pada aplikasi mereka iaitu Crash History Alert. Fungsi ini secara automatik akan memberi notifikasi amaran apabila melalui jalan yang kerap berlakunya kemalangan.
Fungsi ini di integrasikan dengan keupayaan AI dan laporan komuniti Waze. Menggabungkan data mengenai sejarah kemalangan dan maklumat penting laluan perjalanan seperti cuaca, tahap trafik dan sebagainya.
Waze menyatakan, jika laluan yang dilalui kerap berlakunya kemalangan notifikasi amaran akan dipaparkan sebelum melalui kawasan tersebut. Namun, sekiranya laluan tersebut adalah laluan harian pengguna. Notifkasi amaran akan dihadkan atau tidak akan dipaparkan bagi meminimumkan gangguan semasa pemanduan.
Fungsi ini telahpun dilancarkan secara berperingkat dan akan tersedia untuk semua pengguna dalam masa terdekat.