Close

Apple lepaskan kemas kini WatchOS 10.1.1 – Selesaikan masalah bateri pada Apple Watch

Apple sedia maklum, mengenai masalah bateri cepat habis pada Apple Watch dan telah mengenal pasti masalah tersebut seterusnya memberikan kemas kini untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Berikutan dari itu,  Apple telahpun melepaskan kemas kini baharu iaitu WatchOS 10.1.1 untuk Apple Watch. Kemas kini bukan hanya menyelesaikan masalah bateri tetapi ia turut menyelesaikan beberapa masalah seperti prestasi dan sambungan.

Apple menyarankan pengguna Apple Watch yang menjalankan WatchOS 10.1 untuk mengemas kini ke perisian terbaru iaitu WatchOS 10.1.1. Sebelum mengemas kini, pastikan sambungan rangkaian dalam keadaan stabil dan bateri Apple Watch sekurang-kurangnya 50% ke atas.

ARTIKEL BERKAITAN