Pengguna WhatsApp kini boleh menyembunyikan alamat IP melalui fungsi baharu iaitu Protect IP Address in call.
Fungsi ini akan menyembunyikan alamat IP pengguna ketika melakukan panggilan suara. Apabila fungsi ini diaktifkan, panggilan suara akan menggunakan sambungan dari pelayan WhatsApp. Berikutan dari itu, penerima panggilan tidak akan dapat melihat alamat IP dan lokasi sebenar pemanggil.
Namun begitu, fungsi ini akan mengurangkan kualiti panggilan suara. Fungsi ini telahpun tersedia pada kedua-dua peranti Android dan iOS. Untuk mengaktifkan fungsi ini, pergi ke Setting > Privacy > Advanced > Protect IP Address in call.