Close

Redmi 13C diperkenalkan – Guna Helio G99, bateri 5000mAh dan kamera 50MP

Sub-jenama Xiaomi iaitu Redmi secara rasmi melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Redmi 13C. Tampil dengan sejumlah peningkatan yang lebih baik dari segi spesifikasi dan rekaan.

Redmi 13C hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.74-inci HD+ dengan paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G99 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Untuk fotografi, ia menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP kedalaman. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 5MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 18W.

Di Nigeria, Redmi 13C dijual pada harga bermula sekitar NGN98,100 (RM575) untuk 4GB + 128GB dan NGN 108,100 (RM636) untuk 8GB + 256GB.

ARTIKEL BERKAITAN