Close

OPPO A79 5G kini rasmi di Malaysia – Guna Dimensity 6020 dan kamera 50MP pada harga RM1199

OPPO Malaysia secara rasmi melancarkan peranti baharu untuk pasaran tempatan melalui model A79 5G. Hadir dengan sejumlah penawaran yang menarik dari segi spesifikasi dan rekaan yang lebih baik.

OPPO A79 5G dilengkapi dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.72-inci FHD+ yang turut menyokong kecerahan puncak pada 680 nits dan DCI-P3. Dijana dengan cip MediaTek Dimensity 6020 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor 50MP + 2MP potret dan swafoto dengan sensor sebesar 8MP. Bateri 5000mAh yang dimuatkan dengan pengecasan pantas SUPERVOOC 33W. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti NFC, pembesar suara jenis stereo, penarafan IPX4, pengimbas cap jari dan menjalankan ColorOS 13.1.

OPPO A79 5G dijual pada harga RM1199 dan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Dazzling purple dan Mystery Black. Bagi yang berminat, peranti boleh mula dibeli secara atas talian bermula hari ini melalui kedai rasmi atas talian Shopee dan Lazada. Manakala, jualan luar talian bermula 16 November 2023.

ARTIKEL BERKAITAN