Tesla merancang untuk memperkenalkan kereta elektrik (EV) dengan harga yang lebih mampu milik. EV mampu milik ini dijangka akan dihasilkan di Jerman. Menurut laporan, harga jualan untuk EV mampu milik tersebut dikatakan sekitar 25,000 euro (RM125K).
Walaubagaimanapun,tiada maklumat terperinci yang didedahkan mengenainya. Rancangan untuk menghasilkan EV mampu milik telahpun dirangka lebih awal iaitu pada tahun 2022. Namun, disebabkan oleh beberapa halangan perlaksanaan tersebut terpaksa ditangguhkan.
Pada lawatan ke kilang Gruenheide di Berlin, Elon Musk menyatakan yang Tesla menyasarkan untuk mengeluarkan 1 juta unit kenderaan setahun. Ketika ini, kilang tersebut dilaporkan mampu menghasilkan 5000 kenderaan setiap minggu iaitu 250,000 sekitar setahun.
Buat masa ini, kilang yang berpangkalan di Jerman hanya memfokuskan kepada pengeluaran Model Y.