Close

Siri vivo X100 dah rasmi dengan cip Dimensity 9300 dan kamera 50MP 1-inci

vivo secara rasmi melancarkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu siri vivo X100. Hadir dalam dua pilihan varian iaitu X100 dan X100 Pro yang dipisahkan dengan beberapa spesifikasi berbeza seperti kapasiti bateri, kamera dan teknologi pengecasan.

Siri vivo X100 hadir dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.78-inci. Turut menyokong paparan adaptif 120Hz, HDR10+, PWM Dimming 2160Hz dan kecerahan puncak sehingga 3000 nits.

Dikuasakan dengan cip Dimensity 9300 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LDPRR5T dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0. Bateri 5000mAh dimuatkan dengan pengecasan 120W untuk X100. Manakala untuk X100 Pro, dimuatkan dengan 5400mAh yang menyokong pengecasan berwayar 100W dan tanpa wayar 50W.

Dari segi fotografi, untuk X100 ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP ultra lebar + 64MP telefoto. Manakala, untuk X100 Pro ia turut menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP 1-inci Sony IMX989 + 50MP sudut lebar + 50MP telefoto periskop dengan 4.3x zum optik dan 100x zum digital. Selain itu, model Pro turut hadir dengan cip pemprosesan imej vivo V3 baharu. Tidak ketinggalan, kamera swafoto 32MP digunakan pada kedua-dua varian.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP68, IR Blaster, WiFi 7, Bluetooth 5.4 dan menjalankan OriginOS 4 berasaskan kepada Android 14.

Di China, vivo X100 dijual pada harga bermula sekitar CNY3999 (RM2583) dan X100 Pro pula dijual pada harga bermula sekitar CNY4999 (RM3230).

ARTIKEL BERKAITAN