Close

TikTok kini diharamkan di Nepal – Ini sebabnya…

Selepas diharamkan di India, aplikasi media sosial popular iaitu TikTok kini turut diharamkan di Nepal.

Menurut Rekha Sharma, Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Nepal. Pengharaman tersebut diambil berikutan kebimbangan terhadap keharmonian sosial yang merangkumi kebencian agama, keganasan dan penderaan seksual.

Gangguan keharmonian sosial menyebabkan berlakunya pergaduhan di luar talian yang memaksa kerajaan melakukan perintah berkurung dan penempatan polis.

Berikutan dari itu, pengharaman ini adalah langkah terbaik untuk menangani masalah keharmonian sosial yang semakin serius dan keputusan pengharaman ini berkuat kuasa serta merta.

TikTok sebelum ini, telahpun menghadapi sekatan di beberapa negara seperti Eropah, Amerika Syarikat dan Kanada. Pengharaman ini, sedikit sebanyak akan memberi kesan buruk pada TikTok.

Jika Malaysia menghadapi masalah yang sama seperti Nepal, adakah TikTok akan diharamkan?

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN