Nampaknya McDonald’s Malaysia lebih serius dalam isu yang berlaku di Malaysia membabitkan tindakan boikot dan isu fitnah tentang jenama itu.
Dalam perkongsian Ketua Pegawai Teknologi McDonald’s, Zaid Hasman yang mengatakan bahawa pihak mereka telah mengenal pasti lebih 60 individu yang telah menyebarkan fitnah dan akan didakwa di atas Akta Hasutan.

Merujuk dalam gambar yang dikongsikan, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk berbincang tentang isu fitnah ke atas McDonald’s Malaysia. Ia dikongsikan pada 3 November yang lalu.
Mula nak boikot McD sebab dia bayar royalti ke US, indirectly support Israel. Lepas tu bila dapat tau McD milik Saudi, lagi berapi-api nak boikot. Hari ni McD nak guna Akta Hasutan untuk diamkan rakyat pulak. Makin dalam lubang McD gali ni.
— Abah (@chairmanGLC) November 13, 2023
Perkongsian ini juga sedang menjadi perbualan yang hangat di platform X ketika ini. Ramai yang suarakan pandangan mereka terhadap isu ni dan ada yang turut mengatakan ia adalah tindakan yang kurang baik.
@McDMalaysia has identified 60 individuals and is discussing with @MCMC_RASMI for them to be charged under Sedition Act. This is a BAD MOVE and will cost you support. If you feel defamed, pursue defamation charges. The Sedition Act is NOT for protecting corporates. https://t.co/RQngNgLpux
— Marina Tan مارينا تان (@marinaristan) November 13, 2023
Baru-baru ini juga pihak McDonald’s Malaysia telah adakan perjumpaan dengan Mufti Perlis, Dr MAZA untuk menerangkan tentang kaitan jenama itu dengan peperangan yang sedang berlaku di Gaza. Korang boleh tengok dan nilaikan sendiri dalam video yang berdurasi hampir 30 minit di bawah.
Apa pendapat korang? Adakah tindakan McDonald’s Malaysia ni wajar tentang isu yang berlaku terhadap jenama mereka atau sebaliknya?
Namun, setakat ni tiada sebarang kenyataan rasmi dari pihak Mcdonald’s Malaysia sendiri tentang isu ni.