Close

RedMagic 11S Pro tiba di Malaysia dengan harga bermula RM3799

RedMagic 11S Pro menjadi model terbaru yang ditawarkan oleh RedMagic di pasaran tempatan. Hadir dengan beberapa peningkatan menarik seperti sokongan cip yang lebih berkuasa serta sistem penyejukan dipertingkat.

RedMagic 11S Pro menggunakan skrin AMOLED BOE X10 bersaiz 6.85-inci dengan resolusi 1.5K dan paparan 144Hz. Dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 2MP Makro dan kamera swafoto 16MP yang diletakkan di bawah skrin.

Peranti dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 Leading Version yang lebih berkuasa dengan kelajuan sehingga 4.74 GHz. Dari segi konfigurasi, ia hadir dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Untuk kapasiti bateri, ia dimuatkan dengan bateri sebesar 7500mAh yang dipadankan dengan pengecsan 120W berwayar dan 80W tanpa wayar.

Dari segi sistem penyejukan, ia hadir dengan sistem penyejuk cecair dengan kipas fizikal berkelajuan 24,000 RPM. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan shoulder trigger, bicu audio 3.5mm, penarafan IPX8 dan menjalankan RedMagic OS 11.5 berasaskan Android 16.

Di Malaysia, RedMagic 11S Pro dijual pada harga RM3799 (12GB + 256GB) dan RM4499 (16GB + 512GB). Ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Nightfrezee dan Subzero. Seiring dengan ketibaan, setiap pembelian akan menerima hadiah percuma REDMAGIC Cyber Gamepad yang bernilai RM499.

ARTIKEL BERKAITAN