Pengganti set kepala realiti pertama Apple iaitu Vision Pro mungkin tidak akan diperkenalkan selepas terdapat laporan mendedahkan Apple membatalkan pembangunan peranti tersebut.
Apple vison pro black color did you like? pic.twitter.com/J9JIYhbWmq
— pipfix (@LusiRoy8) June 3, 2026
Menurut maklumat, Apple mungkin telah membatalkan pembangunan untuk semua model pengganti Vision Pro. Pelan hala tuju terkini yang dikongsi memperlihatkan Apple tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menghasilkan pengganti Vision Pro. Namun apa yang menariknya, terdapat imej Vision Pro berwarna hitam telah tertiris. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah ia pilihan warna baru atau prototaip yang dibangunkan sebelum projek tersebut dihentikan.

Apple dikatakan mahu memberi tumpuan kepada pembangunan cermin mata pintar yang dianggap mempunyai potensi yang lebih baik berbanding Vision Pro. Keputusan tersebut dikatakan dipengaruhi oleh John Ternus yang dijangka akan menjadi pengganti kepada Tim Cook.
Menurut beliau, cermin mata pintar adalah produk yang lebih pratikal dan harga jualan yang lebih rendah berbanding Vision Pro. Cermin mata pintar pertama dari Apple dijangka akan dilancarkan seawal 2027 yang akan menjadi pencabar kepada Ray Ban Meta.