Nintendo mengesahkan produk mereka yang ditawarkan di pasaran Eropah akan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Kesatuan Eropah.
Merujuk kepada laman rasmi Nintendo, menyatakan syarikat mereka bersedia untuk mematuhi peraturani EU Batteries Regulation yang akan berkuat kuasa pada Februari 2027. Melalui peraturan tersebut, bateri peranti elektronik seperti konsol permainan, fon atau tablet wajib boleh diganti oleh pengguna dengan mudah tanpa memerlukan sebarang peralatan khas.

Perlaksanaan tersebut bertujuan mengurangkan kesan alam sekitar daripada pengeluaran, penggunaan dan pelupusan peranti elektronik. Bagi memenuhi keperluan tersebut, Nintendo bakal memperkenalkan Switch 2 versi baru dengan nombor model “OSM” dengan bateri boleh ditukar. Manakala, untuk produk sedia ada ia akan menggunakan nombor model “BEE“.
Walau bagaimanapun, versi baru dengan bateri boleh ditukar berkemungkinan hanya tersedia untuk pasaran Eropah sahaja. Sementara, pasaran selain Eropah akan menerima model sedia ada dengan nombor model “BEE”.