WhatsApp dilaporkan sedang menguji ciri baru yang membolehkan pengguna menghantar mesej teks yang boleh dibaca sekali sahaja.

Ketika ini, ciri yang sama iaitu ‘View Once’ telahpun tersedia pada foto, video dan juga nota suara. Kini, ciri tersebut bakal diperluaskan kepada mesej teks untuk memberikan tahap privasi yang lebih tinggi. Melalui ciri ini, mesej teks yang dihantar tidak boleh disalin dan dihantar semula.
Selain itu, fungsi tangkap layar (screenshot) atau rakaman skrin (screen recorder) akan disekat oleh WhatsApp, sekaligus menjadikan mesej teks tidak boleh disimpan. Ciri ini dilihat berguna untuk maklumat sensitif seperti kata laluan, kod akses atau mesej peribadi yang hanya boleh dibaca sekali sahaja.
Walau bagaimanapun, ciri ini masih dalam fasa pembangunan dan tidak dipastikan bilakah ia akan tersedia kepada semua pengguna.