Close

Xbox Series edisi terhad diperkenalkan – Guna rekaan lutsinar dengan tema hijau

Microsoft mengumumkan koleksi khas sempena ulang tahun ke-25 Xbox, menampilkan konsol Xbox Series X25 Limited Edition dan Xbox Wireless Controller X25 Special Edition dengan rekaan lutsinar dalam warna hijau.

Konsol edisi terhad tampil dengan rekaan istimewa dengan rekaan lutsinar yang membolehkan komponen atau perkasakan dalaman dilihat dari lain luar. Konsol ini menggunakan pilihan warna hijau yang diinspirasikan dari Xbox generasi pertama.

Selain itu, terdapat juga lampu hijau pada logo ‘X’ yang menyala apabila diaktifkan serta menampilkan logo ulang tahun ke-25 dengan beberapa elemen tersembunyi sebagai penghargaan kepada komuniti Xbox. Untuk spesifikasi, ia mengekalkan konfigurasi spesifikasi yang sama seperti Xbox Series X dengan storan dalaman 1TB.

Manakala untuk Xbox Wireless Controller X25 Special Edition, ia turut menggunakan rekaan lutsinar warna hijau yang sama. Terdapat beberapa sentuhan klasik pada alat kawalan ini seperti warna asal butang ABXY serta butang bahu berwarna butang hitam dan putih yang diinspirasikan dari alat kawalan pertama Xbox.

Microsoft mengesahkan yang kedua-dua peranti iaitu Xbox Series X25 Limited Edition dan Xbox Wireless Controller X25 Special Edition akan dijual bermula November 2026. Walau bagaimanapun, harga jualan untuk kedua-dua peranti masih lagi tidak diketahui.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN