Close

Samsung mungkin perkenal telefon lipat mampu milik pada 2024

Segmen telefon lipat kini dilihat semakin rancak dengan lebih banyak pengeluar telah mula menawarkan telefon lipat mereka sendiri. Namun begitu, harga jualan untuk telefon lipat adalah lebih mahal berbanding telefon andalan.

Terbaru, terdapat laporan mendedahkan yang Samsung mungkin akan memperkenalkan telefon lipat pada harga yang lebih mampu milik. Telefon lipat mampu milik ini mungkin akan menggunakan penjenamaan Fan Edition (FE).

Walaubagaimanapun, laporan tersebut tidak mendedahkan model mampu milik mana yang akan diperkenalkan. Harga jualan untuk telefon lipat mampu milik ini mungkin akan ditawarkan sekitar $400-$500 (RM1883-RM2354). Dengan harga jualan yang lebih mampu milik, ia dijangka akan ditawarkan dengan spesifikasi yang lebih rendah.

Samsung dijangka akan memperkenalkan telefon lipat dengan harga mampu milik pada tahun 2024.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN