Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan yang iPhone SE 4 akan menggunakan rekaan sama seperti iPhone 14. Namun, tampil dengan beberapa perubahan untuk menjadikan ia lebih mampu milik.
Terbaru, iPhone SE 4 dikatakan telah dikesan menggunakan nombor model D95 dengan kod projek Ghost. Melaluinya, mendedahkan yang iPhone SE 4 akan menggunakan kamera tunggal 48MP dan pengecasan jenis USB-C.
Untuk rekaan, iPhone SE 4 tampil dengan rekaan yang lebih moden, bingkai skrin yang lebih nipis dan menggunakan bahan binaan aluminium. Selain itu, ia juga dikatakan 6 gram lebih ringan berbanding iPhone 14. Tiada lagi fungsi Touch ID sebaliknya akan diganti dengan fungsi Face ID.
iPhone SE 4 dijangka akan turut dilengkapi dengan fungsi Action Button yang digunakan pada iPhone 15 Pro. Jika merujuk kepada sumber, iPhone SE 4 mungkin akan dilancarkan pada tahun 2025.