Seperti yang kita tahu, aplikasi Threads diletakkan di bawah Instagram. Membolehkan akaun Instagram dan Threads dihubungkan sekaligus memudahkan pengguna untuk mendaftar akaun Threads.
Dengan menghubungkan akaun, pengguna tidak mempunyai pilihan untuk memadam akaun secara berasingan. Bermakna, pengguna akan kehilangan akaun Instagram bila padam akaun Threads.
Melalui kemas kini terbaru, akaun Threads dan Instagram kini boleh dipadam secara berasingan. Untuk melakukannya, pergi ke Setting > Accounts dan pilih Deactive atau Delete Profile.
Untuk pilihan Deactive, semua maklumat seperti profil, kandungan dan pengikut tidak akan diperlihatkan sehingga profil diaktifkan semula. Manakala Delete Profile, semua maklumat akan disembunyikan sebelum dipadam secara kekal selepas 30 hari.
Fungsi ini telahpun dilepaskan secara berperingkat dan akan tersedia kepada semua pengguna dalam masa terdekat.