Redmi sememangnya sering menawarkan peranti dengan harga mampu milik. Terbaru, Redmi telahpun melancarkan peranti kelas permulaan baharu untuk pasaran tempatan melalui model Redmi 13C.
Redmi 13C hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.74-inci HD+ dengan paparan 90Hz. Skrin ini turut menyokong kecerahan puncak 600 nits,DC Dimming dan TUV Low Blue Light. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G85 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 256GB eMMC 5.1. Turut menyokong slot mikroSD sehingga 1TB dan Extended RAM sehingga 6GB.
Untuk fotografi, ia menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP makro + Auxiliary lens. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 8MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 18W.
Di Malaysia, Redmi 13C dijual pada harga RM499 untuk 6GB + 128GB dan ditawarkan dalam 4 pilihan warna iaitu Midnight Black, Navy Blue, Clover Green dan Glacier White.