Close

ByteDance rancang nak jual Moonton – Ini sebabnya…

Tahukah anda, permainan popular Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) dibangunkan dan diterbitkan oleh Moonton yang berpangkalan di Shanghai dan dimiliki oleh ByteDance.

Terbaru, ByteDance dilaporkan merancang untuk menjual Moonton dengan beberapa perbincangan awal telahpun dimulakan dalam usaha untuk menjual. Buat masa ini, terdapat satu firma yang berpangkalan di Saudi dikatakan berpotensi untuk membeli Moonton.

Moonton mula ditubuhkan pada 2014 dan berjaya mencipta fenomena melalui permainan MLBB. Kemudian, pada 2021 ByteDance membeli Moonton dengan harga $4 billion dalam usaha untuk menjadi pemain utama industri permainan.

Sebab utama ByteDance ingin menjual Moonton adalah kerana penyelarasan semula operasi dan mahu menumpukan kepada perniagaan utama mereka. Namun begitu, ByteDance tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai penjualan Moonton.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN