Close

Nubia dedahkan rekaan penuh Red Magic 9 Pro – Skrin rata dan tiada bonggol kamera

Biarpun belum lagi dilancarkan. Namun, Nubia telahpun berkongsi rekaan penuh peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu Red Magic 9 Pro. Sebelum ini, Nubia turut mengesahkan yang Red Magic 9 Pro akan dilancarkan pada 23 November ini.

Berdasarkan dari perkongsian, Red Magic 9 Pro dilihat akan hadir dengan skrin hadapan jenis rata dan menggunakan rekaan yang nipis dengan 8.9 mm. Paling menarik, peranti ini tidak mempunyai bonggol kamera belakang sekaligus boleh diletakkan secara rata.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS dari Samsung ISOCELL GN2. Manakala, dua lagi sensor kamera tidak didedahkan yang berkemungkinan kamera ultra lebar dan telefoto. Red Magic 9 Pro masih mengekalkan rekaan ikonik mereka iaitu panel belakang yang unik dan kipas penyejuk dengan lampu RGB.

Rekaan skrin pada Red Magic 9 Pro juga diihat makin nipis dan simetri. Untuk swafoto, ia menggunakan kamera hadapan di bawah skrin menjadikan skrin tampak lebih menarik tanpa punch hole atau notch.

Buat masa ini, tiada maklumat penuh mengenai spesifikasi yang dikongsi. Dengan acara pelancaran yang semakin hampir, kami menjangkakan yang lebih banyak maklumat akan dikongsi dari masa ke semasa. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN