Tesla terus menambah stesen pengecasan pantas mereka di Malaysia dengan lokasi terbaru adalah di Melaka. Sekaligus, menjadikan ia sebagai Tesla Supercharger pertama di Melaka.
Lokasi Tesla Supercharger ini terletak di Freeport A’Famosa Outlet. Stesen pengecasan ini menempatkan 4 pengecas Supercharger dan satu pengecas Destination Charger.
Tesla Supercharger V3 ini menyokong pengecasan DC 250 kW. Menurut Tesla, pengecasan pantas ini mampu memberikan jarak gerak sehingga 270 km untuk Model Y dengan tempoh pengecasan selama 15 minit.
Kadar caj pengecasan yang dikenakan adalah RM1.25 untuk setiap kWh. Selain itu, caj Idlee Fees turut dikenakan sebanyak RM4.00 seminit sekiranya pengguna membiarkan kereta elektrik selepas pengecasan selesai.
Malaysia kini mempunyai 4 lokasi Tesla Supercharger iaitu di Cyberjaya, Pavillion KL, Johor dan terbaru di Melaka. Tesla dijangka akan membina sekurang-kurangnya 50 Supercharger di Malaysia dalam tempoh 3 tahun.