Apple yang sebelum ini menyatakan pendirian tidak akan menyokong standard permesejan RCS (Rich Communication Services) pada peranti mereka akhirnya akur kepada Kesatuan Eropah melalui Akta Pasaran Digital (DMA).
Terbaru, wakil Apple menyatakan yang peranti Apple akan mula menyokong fungsi RCS bermula 2024 yang akan diberikan melalui kemas kini perisian.
Melalui RCS, ia membolehkan permesejan dilakukan secara rentas platform antara iPhone dan Android. Selain itu, ia juga menawarkan pelbagai ciri menarik permesejan seperti sokongan multimedia pada resolusi tinggi, hantar mesej menggunakan WiFi, melihat mesej yang sedang ditaip dan banyak lagi.
Namun begitu, iMessage masih lagi digunakan sebagai medium utama permesejan antara pengguna iPhone. Manakala RCS, adalah berasingan daripada iMessage iaitu pengganti kepada permesejan (SMS dan MMS) sedia ada.
RCS adalah protokol komunikasi yang digunakan secara meluas oleh pengeluar seperti Google dan carrier di seluruh dunia.