realme secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran peranti andalan mereka iaitu GT5 Pro yang dijadualkan berlangsung pada 7 Disember ini di China.
realme telahpun mendedahkan beberapa maklumat awal mengenai peranti andalan mereka. Antaranya, dijana dengan cip terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 3, kamera utama dengan sensor 50MP Sony LYT-808 dan telefoto periskop 50MP Sony IMX890.
realme GT5 Pro dijangka akan menawarkan pengalaman fotografi yang lebih baik berdasarkan dari perkataan yang tertera pada poster pelancaran iaitu “Capture Maximum”. Selain itu, peranti ini dijangka akan hadir dengan konfigurasi RAM sehingga 24GB dan menyokong pengecasan pantas 100W.
Seperti biasa, maklumat terperinci mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada acara pelancarannya iaitu 7 Disember ini. Sama-sama kita nantikan.