Samsung Electronics mengalahkan Apple dan Google untuk menjadi majikan terbaik di dunia oleh Forbes. Ini adalah kali ke-4 berturut-turut Samsung dinobatkan sebagai majikan terbaik di dunia.
Berdasarkan dari kajian yang dilakukan oleh Forbes pada lebih dari 170,000 pekerja di 50 buah negara berbeza termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, China, India, Vietnam, Korea dan lain-lain. Kajian tersebut merangkumi tanggungjawab sosial syarikat, prestasi ekonomi dan juga keadaan kerja.
Selain itu, kajian ini turut meminta peserta untuk menilai syarikat lain dalam industri yang sama. Semua hasil kajian dan maklum balas yang diberikan menjadi skor dalam menentukan keputusan akhir.
Menurut Forbes, kejayaan Samsung adalah kerana budaya kerja dan sistem yang dapat dimanfaat sepenuhnya oleh pekerja mereka. Selain itu, reputasi yang positif dalam industri dan persekitaran kerja yang selamat turut dilihat menjadi nilai tambah.