Close

7 fungsi WhatsApp yang wajib korang tahu dan cuba

Tidak dinafikan yang WhatsApp merupakan aplikasi permesejan paling popular. Tampil dengan pelbagai fungsi yang menarik untuk memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik. Berikutan dari itu, kami ingin berkongsi 7 fungsi yang wajib korang tahu dan cuba.

Multi akaun

Fungsi ini membolehkan pengguna menggunakan dua akaun WhatsApp dalam satu telefon sahaja.

Memudahkan pengguna dari segi pengurusan akaun antara urusan peribadi dan urusan kerja. Selain itu, pengguna tidak lagi perlu menggunakan dua telefon yang berbeza untuk mengakses akaun WhatsApp.

Untuk menggunakan fungsi ini, pergi ke bahagian profil dan tekan anak panah kecil di sebelah nama. Kemudian, pilih tambah akaun. Masukkan maklumat yang diperlukan dan tunggu sehingga proses selesai. Selepas akaun berjaya ditambah, pengguna hanya perlu tap pada profil untuk menukar akaun.

View once

Fungsi ini hanya membolehkan pengguna untuk melihat kandungan imej, video, audio dan teks sekali sahaja. Selepas kandungan dibuka, ia akan dipadamkan secara automatik. Pengguna juga tidak boleh melakukan screenshot atau screen record untuk semua kandungan view once.

Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna perlu menekan view once iaitu ikon ‘1’ pada bahagian kanan semasa proses untuk menghantar kandungan. Fungsi ini perlu ditetapkan secara manual untuk semua kandungan.

Instant video message

Fungsi ini membolehkan pengguna merakam mesej video secara langsung kepada penerima. Namun begitu, fungsi ini hanya menyokong rakaman video 60 saat sahaja.

Untuk menggunakan fungsi ini adalah sangat mudah, sama seperti menghantar mesej audio. Pengguna hanya perlu tap pada ikon mikrofon untuk ubah ke ikon kamera seterusnya, hold ikon kamera untuk rakam mesej video.

Protect IP address in call

Fungsi yang mungkin ramai yang tidak tahu namun penting buat pengguna yang tidak mahu lokasinya di ketahui. Fungsi ini membolehkan pengguna menyembunyikan alamat IP apabila menggunakan panggilan suara.

Fungsi ini akan menggunakan sambungan dari pelayan WhatsApp. Sekaligus, penerima panggilan tidak akan dapat melihat alamat IP dan lokasi sebenar pemanggil.

Kekurangan pada fungsi ini adalah kualiti panggilan suara tidak sebegitu baik. Untuk mengaktifkan fungsi ini, pergi ke Setting > Privacy > Advanced > Protect IP Address in call.

Log in with e-mail

Fungsi yang meningkatkan lagi keupayaan keselamatan pada WhatsApp. Membolehkan pengguna melakukan pengesahan masuk melalui e-mel dan alternatif terbaik sekiranya pengguna mempunyai sambungan Wi-Fi lebih baik berbanding rangkaian selular.

Perlu diaktifkan oleh pengguna sekiranya ingin menggunakan fungsi ini. Untuk mengaktifkan fungsi ini, pergi ke bahagian Setting > Accounts dan pilih Email address. Masukkan e-mel dan ikut arahan pada skrin hingga proses selesai.

Imej dan video HD

Fungsi ini membolehkan pengguna menghantar imej dan video pada resolusi tinggi berbanding sebelum ini. Pengguna mempunyai pilihan untuk menghantar imej pada HD Quality (HD) atau Standard Quality (SD). Fungsi ini tidak ditetapkan secara automatik sebaliknya pengguna perlu memilih pada bar suntingan.

Untuk menggunakan fungsi ini,  pengguna perlu memilih imej atau video kemudian, tekan ikon HD pada bar suntingan dan pilih saiz video yang ingin dihantar. Imej dan video akan memaparkan label HD selepas dihantar. 

Chat lock

Fungsi ini membolehkan pengguna untuk mengunci dan menyembunyikan perbualan tertentu.

Menggunakan tahap sekuriti yang berbeza dan memerlukan pengesahan melalui imbasan cap jari atau kata laluan sebelum perbualan yang dikunci dapat diakses. Sekiranya pengesahan gagal dilakukan, pengguna diminta untuk mengosongkan ruang perbualan sebelum mengaksesnya.

Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna perlu tap pada perbualan individu atau kumpulan dan pilih Chat Lock. Selepas diaktifkan, perbualan tersebut akan diletak dalam folder khas yang diletakkan pada halaman utama di bawah “Locked Chats”.

ARTIKEL BERKAITAN