Close

iQOO 12 akan menyokong kemas kini sehingga 4 tahun

iQOO hari ini berkongsi maklumat lanjut mengenai penawaran kemas kini untuk peranti andalan mereka iaitu iQOO 12. Menurut iQOO, peranti tersebut akan menerima kemas kini Android selama 3 tahun dan kemas kini keselamatan sehingga 4 tahun.

Penawaran kemas kini ini tidaklah begitu panjang seperti yang ditawarkan oleh Google, Samsung dan Apple iaitu 5 tahun dan ke atas. Namun, ia merupakan berita gembira buat bakal pengguna iQOO 12.

Selain menerima kemas kini sehingga 4 tahun. Funtouch OS 14 pada iQOO 12 tidak akan dimuatkan dengan aplikasi pihak ketiga (bloatware).

iQOO 12 telahpun dilancarkan lebih awal di China dan dijangka akan turut dilancarkan di Malaysia selepas peranti tersebut dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia baru-baru ini. Namun begitu, buat masa ini tiada sebarang tarikh pelancaran yang dikongsi oleh iQOO Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN