Close

iQOO 12 dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia

iQOO 12 dilaporkan telah dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia. Sekaligus, memberikan bayangan yang peranti tersebut akan dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan dalam masa terdekat.

Menurut laporan, peranti tersebut telah dikesan dipangakalan data SIRIM dengan nombor model I2220 (iQOO 12). Telah didaftarkan di bawah VTALENT BUSINESS SDN BHD pada 22 November 2023.

iQOO 12 telahpun dilancarkan lebih awal di China dan dijangka akan memasuki pasaran global pada Disember ini. Jika mengikut spesifikasi di China, iQOO 12 dilengkapi dengan skrin 6.78-inci E7 AMOLED, cip Snapdragon 8 Gen 3, pengecasan pantas 120W dan menggunakan tetapan tri-kamera belakang.

Buat masa ini, iQOO Malaysia tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran dan ketersediaan untuk pasaran tempatan. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN