Close

Insta360 Ace dan Ace Pro diperkenalkan – Guna sensor Leica dengan keupayaan AI

Insta360 memperkenalkan dua model baharu untuk kamera aksi mereka iaitu Insta360 Ace dan Ace Pro. Tampil dengan sejumlah penigkatan yang lebih baik dari segi spesifikasi, fungsi dan keupayaan kamera yang lebih baik dengan penjenamaan Leica.

Insta360 ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu Insta360 Ace dan Insta360 Ace Pro yang dibezakan dengan keupayaan kamera dan teknologi pengecasan. Untuk Insta360 Ace Pro ia hadir dengan skrin LCD 2.4-inci sesentuh yang boleh dilipat. Menggunakan sensor 1/1.3″ 48MP dengan penjenamaan Leica yang mampu merakam video pada resolusi 8K 24P atau 4K 120P. Dimuatkan dengan bateri 1650mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W.

Manakala untuk Insta360 Ace, ia hadir dengan skrin LCD 2.4-inci sesentuh yang boleh dilipat. Menggunakan sensor 1/2″ tanpa penjenamaan Leica yang mampu merakam video pada resolusi 6K 30P dan 4K 120P. Bateri 1700mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan 15W.

Kedua-dua varian menyokong keupayaan kalis air dengan kedalaman sehingga 10 meter dan 60 meter dengan kerangka menyelam. Kamera aksi ini turut mempunyai keupayaan generative AI yang membantu untuk menjadikan video lebih menarik.

Di Malaysia, Intsta360 Ace dijual pada harga bermula RM1749 dan untuk Insta360 Ace Pro pula dijual pada harga bermula RM2099. Bagi yang berminat, kamera aksi ini boleh dipra-tempah bermula hari ini kedai rasmi Insta360 di Shopee dan Lazada.

ARTIKEL BERKAITAN