Close

Samsung Galaxy S24 akan tiba lebih awal dari kebiasaan

Samsung kali ini bertukar angin dan ingin melancarkan Galaxy S24 lebih awal dari kebiasaan. Tidak seperti tahun sebelumnya, acara Galaxy Unpacked berlangsung pada awal Februari 2023. Namun, pada tahun ini, acara tersebut akan dilakukan lebih awal iaitu pada 17 Januari 2024.

Lebih menarik, acara tersebut akan berlangsung di San Jose, Amerika Syarikat. San Jose adalah kawasan Silicon Valley yang menempatkan pelbagai syarikat gergasi seperti Google, eBay, Microsoft dan juga Apple.

Pada acara tersebut, Samsung dijangka akan memperkenalkan tiga pilihan varian iaitu Galaxy S24, Galaxy S24+ dan Galaxy S24 Ultra. Pra-tempahan dijangka akan dibuka pada hari pelancaran dengan penjualan pertama bermula pada 30 Januari 2024.

Untuk spesifikasi, Galaxy S24 Ultra dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy, bingkai dengan binaan titanium, Galaxy AI dan menggunakan skrin jenis rata. Manakala untuk Galaxy S24 dan Galaxy S24+, akan hadir dengan dua pilihan cip Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy dan Exynos 2400 mengikut kepada pasaran.

ARTIKEL BERKAITAN