Close

Apple buang fungsi Touch ID selamanya – Takkan guna pada iPhone seterusnya

Ibarat pergi tak kembali, itu mungkin perumpamaan yang sesuai selepas Apple tidak lagi merancang untuk menggunakan fungsi Touch ID pada generasi iPhone yang seterusnya.

Menurut laporan, Apple telahpun menutup bahagian yang menghasilan Touch ID dan iPhone terakhir menggunakannya adalah iPhone SE 3 yang dikeluarkan pada 2022. Bermaksud, Apple tidak lagi akan menggunakan Touch ID pada iPhone SE 4 sebaliknya akan menggunakan Face ID.

Apple juga dikatakan tidak merancang untuk memperkenalkan Touch ID di bawah skrin seperti yang ditawarkan oleh peranti Android ketika ini. Selain itu, Apple dilaporkan sedang membangunkan teknologi Face ID di bawah paparan namun buat masa ini tiada maklumat lanjut mengenai perkara tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN