ZTE secara rasmi melancarkan peranti kelas permulaan baharu untuk pasaran tempatan melalui model Blade A54. Tampil dengan peningkatan spesifikasi yang lebih baik dari model sebelumnya.
ZTE Blade A54 hadir dengna skrin IPS LCD bersaiz 6.6-inci dengan resolusi HD+. Dikuasakan dengan cip yang tidak didedahkan berkemungkinan Unisoc Tiger T606 yang dipadankan dengan 4GB RAM yang turut menyokong Dynamic RAM sehingga 4GB.
Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 13MP, bateri 5000mAh dan menyokong slot mikroSD. Turut hadir dengan ciri keselamatan melalui wajah dan pengimbas cap jari pada butang kuasa.
Di Malaysia, ZTE Blade A54 ini dijual pada harga RM369 dan ditawarkan dalam dua pilihan warna Dream purple dan Dark Grey. Bagi yang berminat, peranti boleh mula dibeli bermula 24 November 2023 di platform Shopee dan Lazada.