Close

Video Reels Instagram kini boleh dimuat turun – Ini caranya..

Berita gembira untuk pengguna Instagram. Anda kini boleh memuat turun video Reels secara terus melalui peranti pintar. Sebelum ini, fungsi tersebut hanya tersedia untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja.

Secara asasnya, fungsi ini mirip seperti mana yang ditawarkan oleh TikTok. Membolehkan pengguna menyimpan video secara terus dengan menggunakan butang khas. Untuk mula menggunakan fungsi ini, pengguna perlu menekan butang Share seterusnya terdapat butang Download untuk menyimpan video.

Setiap video yang dimuat turun akan mempunyai watermark dengan nama pemilik kandungan. Namun begitu, pengguna mempunyai pilihan sekiranya tidak mahu video dimuat turun pengguna lain dengan menyahaktifkan fungsi di bahagian tetapan.

Fungsi ini telahpun dilepaskan secara berperingkat kepada semua pengguna global dan kami telahpun mencuba fungsi ini.

ARTIKEL BERKAITAN