Close

Siri Redmi K70 diperkenalkan – Guna Snapdragon 8 Gen 3, kamera 50MP dan pengecasan 120W

Redmi secara rasmi memperkenalkan barisan baharu peranti mereka iaitu siri Redmi 70. Tampil dengan tiga pilihan varian iaitu Redmi K70 Pro, K70 dan K70E.

Redmi K70 Pro

Merupakan model paling premium dalam siri Redmi K70, hadir dengan skrin OLED TCL bersaiz 6.67-inci. Turut menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak 4000 nits dan Dolby Vision. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM LPDDR5 sehingga 24GB dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP telefoto + 12MP ultra lebar. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 16MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 120W. Menjalankan sistem operasi baharu Xiaomi iaitu HyperOS.

Di China, Redmi K70 Pro dijual pada harga bermula CNY3299 (RM2151) untuk 12GB + 256GB dan mencecah sehingga CNY4399 (RM2887) untuk 24GB + 1TB.

Redmi K70

Hadir dengan skrin OLED TCL bersaiz 6.67-inci yang turut menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak 4000 nits dan Dolby Vision. Dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0.

Turut menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP ultra lebar + 2MP kedalaman. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 16MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 120W. Menjalankan sistem operasi baharu Xiaomi iaitu HyperOS.

Di China, Redmi K70 dijual pada harga bermula CNY2499 (RM1640) untuk 12GB + 256GB dan mencecah sehingga CNY3399 (RM2231) untuk 16GB + 1TB.

Redmi K70E

Merupakan model mampu milik dalam siri Redmi K70, hadir dengan skrin 6.67-inci yang turut menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak 1800 nits, HDR10+ dan PWM Dimming 1920Hz. Dijana dengan cip Dimensity 8300 Ultra yang digabungkan dengan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 64MP + 8MP ultra lebar + 2MP makro. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 16MP. Bateri 5500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W. Menjalankan sistem operasi baharu Xiaomi iaitu HyperOS.

Redmi K70E dijual pada harga bermula CNY2000 (RM1304) untuk 12GB + 256GB dan mencecah sehingga CNY2600 (RM1695) untuk 16GB + 1TB.

ARTIKEL BERKAITAN