Close

Kredit e-Tunai RM100 boleh ditebus bermula 4 Disember 2023

Sebelum ini, kerajaan telahpun mengumumkan pemberian kredit e-Tunai bernilai RM100 kepada rakyat yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Terbaru, kerajaan mengumumkan yang kredit e-Tunai RM100 boleh ditebus bermula 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024. Penebusan kredit e-Tunai RM100 boleh dilakukan melalui 4 aplikasi e-dompet yang dipilih oleh pengguna.

Namun begitu, kerajaan belum lagi mendedahkan secara terperinci mengenai cara penebusan. Proses penebusan dijangka memerlukan pengesahan akaun. Seterusnya, pengguna boleh memilih penyedia perkhidmatan e-dompet yang ingin digunakan.

Pemberian kredit e-Tunai RM100 akan melibatkan dana sekitar 1 billion dan dijangka akan dimanfaatkan lebih dari 10 juta rakyat Malaysia. Pemberian ini merangkumi golongan B40 dan M40 yang berumur 21 tahun dan ke atas.

ARTIKEL BERKAITAN