iQOO secara rasmi memperkenalkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu iQOO 12. Tampil dengan sejumlah spesifikasi menarik dan merupakan telefon pertama di Malaysia yang dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3.
Untuk spesifikasi, iQOO 12 hadir dengan skrin E7 AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi 2800×1260 piksel. Turut menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak sehingga 3000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0. Turut dimuatkan dengan cip Supercomputing Q1 yang menjanjikan pengalaman permainan pada tahap tertinggi.
Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 50MP ultra lebar + 64MP telefoto dengan kemampuan 100x zum digital. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 16MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas berwayar 120W.
Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti penarafan IP68, WiFi 7, Bluetooth 5.4, pembesar suara jenis stereo, NFC, pengimbas cap jari di bawah skrin, sistem penyejukan dan menjalankan sistem operasi FuntouchOS 14 yang berasaskan Android.
Di Malaysia, iQOO 12 dijual pada harga RM3399 untuk 16GB + 512GB. Ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Legend dan Alpha. Bagi yang berminat, iQOO 12 boleh dipra-tempah bermula hari ini sehingga 11 Disember 2023. Setiap pra-tempahan akan menerima diskaun sebanyak RM50 dan hadiah percuma bernilai RM777.