Huawei secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran peranti baharu mereka yang dijadualkan berlangsung pada 12 Disember ini di Dubai. Pada acara pelancaran ini, Huawei dijangka akan memperkenalkan beberapa peranti baharu.
Walaubagaimanapun, Huawei tidak mendedahkan secara terperinci mengenai peranti yang akan diperkenalkan. Namun, kita mungkin boleh menjangkakan peranti ini bakal mengabungkan teknologi dan fesyen berdasarkan dari temanya ‘ Creation of Beuty’.
Menurut beberapa laporan, Huawei berkemungkina akan memperkenalkan tablet baharu mereka iaitu MatePad Pro 13.2 atau MatePad Pro 11 2024 baharu atau kedua-duanya sekali. Selain itu, Huawei dijangka akan turut mengumumkan fon kepala baharu pada acara tersebut.
Buat masa ini, maklumat yang diperolehi agak terhad namun kami menjangkakan lebih banyak maklumat yang akan dikongsi oleh Huawei menjelang hari pelancarannya.