Close

TikTok Shop Mall diperkenalkan di Malaysia

TikTok kini memperluaskan penawaran mereka dalam segmen pasaran atas talian dengan memperkenalkan TikTok Shop Mall. Penawaran inimemberikan pengalaman membeli-belah yang lebih baik dan eksklusif.

TikTok Shop Mall tidak hanya menawarkan produk asli 100% ia juga menawarkan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik bersama dengan promosi dan faedah menarik. Antara promosi dan faedah yang menarik adalah seperti pemulangan wang kembali dalam tempoh 15 hari, penghantaran percuma dan juga baucar penghantaran xtra khas yang boleh digunakan pada pembelian seterusnya. 

Untuk penjual, terdapat pelbagai keistimewaan yang boleh dinikmati seperti pendedahan trafik, kempen jenama eksklusif, slot khas untuk kempen dua digit dan juga tersenarai dalam bahagian ‘Shop Tab’. Perkataan ‘Mall’ akan dipaparkan sekiranya penjual telah menyertai TikTok Shop Mall. Namun begitu, pendaftaran penjual hanya tersedia melalui jemputan sahaja.

TikTok Shop Mall kini boleh diakses melalui Shop Tab dengan tab khusus yang diletakkan pada bahagian atas. Buat masa ini, terdapat pelbagai jenama yang telah menyertai TikTok Shop Mall seperti Mydin, Elgini, Dessini, Lonkoom Parfum, 70mai Malaysia Store dan Amgras Malaysia, Sniper Stores dan Habib Jewels.

ARTIKEL BERKAITAN