WhatsApp kini membolehkan pengguna untuk menghantar imej dan video pada kualiti asal. Bermaksud, setiap imej dan video yang dihantar tidak lagi dimampatkan yang menjadikan kandungan kurang berkualiti.
Secara asasnya, fungsi ini berbeza dari fungsi HD pada imej dan video yang telah diperkenalkan sebelum ini.
Namun begitu, setiap imej dan video yang dihantar hanya dihadkan kepada saiz 2GB sahaja. Selain itu, setiap imej atau video yang dihantar pada kualiti asal tiada pratonton media. Pengguna perlu muat turun untuk melihat kandungan yang diterima.
Penggunaan fungsi ini agak tricky, pengguna perlu memilih Documents untuk menghantar imej dan video pada kualiti asal bukannya memilih Gallery (Android) atau Photos (iOS). Fungsi ini telahpun dilepaskan secara berperingkat dan dijangka akan tersedia kepada semua pengguna dalam masa terdekat.