Berita baik buat rakyat Malaysia, 8 Disember ni adalah waktu yang sesuai untuk korang semua bayar saman trafik. Sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi diskaun sehingga 50% untuk saman trafik.
Namun pengurangan pembayaran ini tidak termasuk kesalahan lalu lintas tahun 2023 yang melibatkan saman kemalangan, kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau masih dalam perbicaraan dan juga kesalahan tidak boleh dikompaun.
Pembayaran kompaun boleh dibuat melalui kaunter semakan dan saman trafik pula boleh dibayar melalui perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 9 pagi sampai 4 petang dari 8 Disember sehingga 10 Disember (3 hari).
Untuk mengelakkan kesesakan semasa proses pembayaran, anda digalakkan untuk buat semakan awal tentang saman anda melalui portal web rasmi atau aplikasi MyBayar PDRM.