Close

OnePlus 12 diperkenalkan – Guna Snapdragon 8 Gen 3, kamera 64MP dan pengecasan pantas 100W

OnePlus secara rasmi memperkenalkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu OnePlus 12. Tampil dengan sejumlah peningkatan spesifikasi yang lebih baik, kamera yang lebih berkuasa dan rekaan yang lebih menarik.

OnePlus 12 hadir dengan skrin OLED LTPO 3.0 bersaiz 6.8-inci dengan paparan 120Hz. Turut menyokong Dolby Vision, Gorilla Glass Victus, 2160Hz PWM Dimming dan kecerahan puncak sehingga 4500 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM 24GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony LYT808 OIS+ 48MP ultra lebar + 64MP periskop. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor sebesar 32MP. Bateri 5400mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 100W berwayar, 50W tanpa wayar dan 10W reverse wireless.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP65, Rain touch technology, Bluetooth 5.4, WiFi 7, IR Blaster, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan OxygenOS berasaskan Android 14.

Di China, OnePlus 12 dijual pada harga bermula CNY4299 (RM2811) 12GB + 256GB, CNY4799 (RM3137) 16GB + 512GB, CNY5299 (RM3464) 16GB + 1TB dan CNY5799 (RM3790) 24GB + 1TB. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Putih, Hitam dan Hijau.

Peranti ini akan turut di lancarkan di Malaysia selepas dikesan melepasi SIRIM Malaysia. Namun begitu, buat masa ini OnePlus Malaysia belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran dan penawaran peranti ini.

ARTIKEL BERKAITAN