Close

Spotify akan membuang 1500 pekerja

Penstriman muzik popular iaitu Spotify menyatakan yang mereka akan membuang sekitar 1500 atau 17% tenaga kerja dari syarikat mereka. Ini merupakan kali ketiga Spotify membuang pekerja mereka, kali pertama pada Januari seramai 600 dan kali kedua pada Jun seramai 200.

Menurut Spotify, langkah ini diambil bagi mengurangkan kos operasi dalam masa yang sama untuk menjadikan syarikat lebih efisien. Ia juga disebabkan oleh pengambilan pekerja secara berlebihan pada 2020 dan 2021. Selain itu, Spotify turut melakukan pelaburan yang besar iaitu melebihi dari 1 billion dalam usaha membangunkan perkhidmatan podcast mereka.

Setiap pekerja yang terjejas akan menerima pampasan 5 bulan gaji, bayaran percutian dan juga perlindungan kesihatan dalam tempoh pemecatan.

Spotify dijangka akan terus mengurangkan tenaga pekerja pada 2024 dan 2025 namun dalam jumlah yang lebih kecil.

Pada ketika ini, Spotify mempunyai 601 juta pengguna dan menjangkakan angka tersebut akan terus meningkat kepada 1 billion pengguna menjelang tahun 2030.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN